Thursday, November 28, 2013

BaNyAk yAnG aKu PeLaJaRi

ASSALAMUALAIKUM....




apa khabar semua? sudah lama ana meninggalkan blog ini sepi tanpa coretan.bukan senganja ana tinggalkan akan tetapi kengkangan masa yang teramat mencemburui kita.ana mohon kemaafan.ramai sahabat ana yang bertanya ke mana hilangnya ana di dalam blog ini.ana sangat sibuk dengan tanggungjab-tanggungjawab lain.itu bukan bermakna ana sudah berhenti daripada mengajak ke arah kebaikan dan menghalang kemungkaran.itu pasti tidak sama sekali.islam itu terlalu indah,terdapat pelbagai cara yang bisa kita corakkan dan arahkan kepada dekat kepada ALLAH.RASULULLAH juga sangat kreatif dalam menyebarkan islam dan membuatkan orang disekelilingnya tertarik akan keindahan islam.sinar islam dan pancaran keimanannya terselah di wajah tenang baginda.

jujur ana katakan bahawa kehidupan di alam universiti amatlah mencabar berbanding di alam persekolahan.Kalau dulu ketika kita di alam persekolahan,pihak sekolah atau pun organisasi tertenru sangat la prihatin untuk menjaga bukan sahaja makanan fizikal kita akan tetapi makanan rohani kita.bertungkus-lumus mereka perancang pelbagai jenis aktiviti rohani yang bisa membangkitkan iman kita semua.senang kata,iman kita sibuk diuruskan orang lain.walaupun kadang-kadang kita datang dalam keadaan terpaksa atas dasar sesuatu peraturan.sekurang-kurangnya kita ada makanan untuk rohani kita.apabila di alam universiti ini kitalah yang menguruskan iman kita.orang lain hanya boleh membantu dalam menyediakan aktiviti yang berbentuk makanan rohani tetapi kita lah yang buat keputusan untuk hadir atau tidak.antara tanda yang kita tahu ALLAH tidak sayangkan kita,ALLAH akan sibukkan kita dengan hal dunia.Apabila ada kuliah atau program-program islamik seperti usrah dan ceramah kita adakan pelbagai alasan untuk menghindarinya.setiap malam kita sibuk dengan mesyuarat sana sini sehingga kita tidak sedari kita lupa untuk memberi ruang dan peluang untuk diri kita kepada pencipta yang MAHA ESA.kita lupa untuk bersama denganNYA.solat yang kita dirikan setiap hari pun kurang kualitinya kerana terlalu sibuk dan nak cepat..sekian sahaja buat masa ini..kita jumpa lagi..salam

Tuesday, July 10, 2012

IsLaM ItU sYuMuL..





Assalamualaikum ..kaifahal?.sebelum ana  belayar dengan lebih jauh dalam lautan ilmu ini,ana ingin berkongsi satu kisah di zaman nabi Muhammad s.a.w..di zaman nabi terdapat seorang sahabat yang cukup gemar bersama dengan nabi.namnya muaz bin jabal.namanya sering disebut-sebut oleh penceramah agama kerana beliau merupakn antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadis.muaz bin jabal cukup gemar mendengar tazkirah  dan berjemaah dengan nabi.rumah muaz terletak jauh dari masjid tempat sahabat berjemaah dengan nabi.apabila muaz selesai solat bersama nabi, muaz akan bergegas balik ke kampung halamannya untuk menjdi imam kepada penduduk kampungnya pula.itu lah rutin harian muaz bin jabal.

setiap kali muaz menjadi imam,muaz akan membaca surah yang panjang sehinggakan  menjadi beban kepada  sahabat-sahabat yang menjadi makmum kepada muaz .satu ketika, seorang sahabat  datang kepada nabi untuk mengadu tentang perbuatan muaz yang suka membaca surah yang panjang sehinggakan mengganggu aktiviti harian mereka.apbila mendengar aduan tersebut,nabi memanggil muaz.nabi bertnya kepada muaz ‘adakah betul apa yang dikatakan oleh sahabat mu ini?’.muaz mejwab’ betul ya rasulullah’.lalu nabi menasihati muaz’apakah kamu ingin melakukan fitnah kepada agama mu sendiri?islam tidak pernah membebankan penganutnya.islam agama yang mudah dan menyenangkan.jangnlah kamu membebankan jemaah kamu kerana mereka juga ada pekerjaan untuk mencari rezeki masing-masing’.selepas sahaja muaz dinasihati oleh nabi,dengan rasa marah, muaz berkata kepada sahabat yang mengadu kepada nabi itu’apakah sumbangan kamu kepada islam?’

Tuesday, June 05, 2012

BeRHiJraH kErAnANYA....



Assalamualaikum..sebelum itu marilah sama2 kita bertaqwa kpada Allah s.a.w  dengan sebenar2 taqwa .semoga kita tergolong di dalam orang2 yang beruntung.sudah lama rasanya ana tidak menyelam sambil minum air dalam lautan perkataan yang menyeru manusia menuju jalan Allah ini.rindunya ana pada blog ini tidak mampu diperkatakan bgitu juga rindu ana pada sahabat-sahabat yang tersayang.

Sidang pembca skalian,apakah yang dimaksdkan dengan hijrah?.slama ini  kita hanya tahu menyambut smbutan maal hijrah tetapi adakah kita tahu maksud sebenar hijrah itu sndiri? .mengikut kitab karangan yusuf al_qardawi,terdapat 20 maksud hijrah.antara maksud hijrah adalah,mengasingkn tempat tidur kepada isteri yang nusyuz.adakah rakan2 sdah mempunyai istri?atau suami?.mungkin ada yang sudah mendirikan rumah tangga,ad juga yang masih bujang,janda,dan duda.disebabkn ramai dikalangan pembaca yang masih bergelar bujang,janda dan duda,ana memilih untuk membincangkan tentang maksd hijrah yang ke-2 iaitu menjauhi larangan Allah.dengan erti kata lain,kita mengubah diri kita daripada suka melakukan perkara yg dibenci Allah,kepada perkara yg disukai Allah.

adakah kita telah mengubah diri kita dari perkara yang tidak baik kepada perkara yang baik?.setiap diri kita sudah tahu jawapan masing2.adakah kita sudah brubah?,separuh berubah?,atau hanya niat untuk berubah?.bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita mengubah diri kta daripada melakukan perkara yang dibenci Allah kepada perkara yg disukai Allah.kadang2 kita hnya mampu berkata-kata seolah-olah kita ingin berubah, namun pada hakikatnya kita masih lagi tidak berubah.kta2 kita hanya tinggal kata2 sahaja,tidak membwa sebarang kesan kepada diri kita sendiri.kadang2 kita hanya mampu menanam niat untuk berubah,namun niat kita itu hanya tinggal niat semata mata tanpa sebarang perubahan dalam diri kita.hal ini menunjukkn bahawa,untuk mengubah diri kita kepada yang lebih baik bukanlah sesuatu perkara yang mudah.ia perlukan pengharapan  dan pergantungan yang tinggi kepada Allah s.a.w di samping berusha bersunggh-sngguh untuk mengubah diri kta.kerana itu ulama melarang kita menangguh daripada melakukan perkara yang baik.jika kita  menangguh perubahan yg ingin kita lakukan ,maka perubahn itu akan menjadi sukar dan akhirnya kita tidak dapat juga mengubah diri kita.kata2 ulama ini sangat benar.  ramai umat islam yang tidak dapat mengubah dirinya kpada yg lebih baik kerana disebabkn sikap yang suka menangguh.

Wednesday, May 09, 2012

MeKaSiH...sAhAbAt...

assalamualaikum..saja ana ingin berkongsi kegembiraan kerana terlalu terharu akan kesanggupan sahabat ana membuat sedikit cebisan tentang kenangan persahabatan yang pernah kita lalui dahaulu.tahniah!!mabruk alaiki!!

FATIN HANINI
(mempersembahkan)

  
sekian...
terima kasih sahabat...=)

p/s  :  pinjam tau video ni fatin!!..syukran

Tuesday, May 08, 2012

MoThEr...the number one for me..

ASSALAMUALAIKUM..sudah terlalu lama rasanya blog ini ditinggalkan lama.tiada langsung niat di hati untuk memberhentikan terus perjuangan ini akan tetapi ana sedang turut berjuangan untuk merebut masa untuk mencoretkan sesuatu untuk dikongsi bersama di dalam blog ini.semoga segalanya dipermudahkan.dalam masa yang terdekat ini,ana cuba untuk mengisinya.harap sahabt-sahabat tidak pernah mnegenal erti bosan untuk menunggunya.syukran.=)..untuk anda..

Sunday, April 08, 2012

uNtUnGnYa KiTa....IsLaM...

ASSALAMUALAIKUM...apa khabar sahabat-sahabat sekalian?semoga berada dalam keadaan baiklah hendaknya.pertama sekali ingin ana ucapkan TAHNIAH kepada sahabat-sahabat yang dikurniakn keputusan yang sangat cantik.itu merupakn rezeki kurnian ALLAH.walau macam mana pun keputusn yang kita peroleh,kita perlu bersyukur kerana keputusan adalah anugerah daripada ALLAH..Dia lebih tahu tahap kemampuan kita yang sebenarnya atau pun Dia tahu perancangan kita pada masa hadapan lantas dia ingin memudahkannya lagi agar lebih mudah bagi kita mencapai matlamat yang kita harapkan..

HIDUP MESTI SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF..ALLAH pernah memberitahu kita di mana AKU sepertimana hambaku bersangka kepada KU.sahabat-sahabat sedar atau tidak,hidup yang sentiasa berfikiran baik amat menyenangkan dan TERLALU memikirkan salah dan silap orang akan menyakitkan hati dan tidak mententeramkan jiwa kerana kepala kita terlalu serabut dengan benda yang tidak penting untuk kita fikirkan.jadi untuk apa kita fikirkan perkara yang sia-sia.ianya amat meletihkan.sudahlah,hentikan daripada terus mencari kesalahan orang lain tetapi teruskan lah mencari kesalahan dirimu agar kamu sentiasa memperbaikinya ke arah yang lebih baik.

SAHABAT-SAHABAT,tahukah kalian sangat beruntung sebenarnya?saat kita sedih,kecewa,tertekan,berputus asa,perlukan semanagt dan hampir jauh kepada siapa kalian akan mengadu?ayah,mak,kawan baik,sahabat sejati,teman istemewa dan siapa lagi?berjayakah kalian mendapatkan semula kekuatan itu,ketenangan itu,kesejahteraan itu,kedamaian itu dan lain-lain?di mana silapnya?tahukah sahabat-sahabat sekalian sebenarnya kita ini terlalu beruntung?kita memiliki ALLAH YANG MAHA MEMAHAMI,PENGASIH,MENYENANGKAN dan lain-lain...semuanya sempurna,tiada sedikit pun kecacatan.percayalah kalau kita bercerita kepada manusia akan masalah kita,kita akan masih terbeban dengan masalah itu.akan tetapi kita akan berasa tenang dan bersemanagat apabila segala masalah kita ajukan kepada ALLAH terlebih dahulu.tidak percaya,cubalah!!!waallahualam...

Monday, March 12, 2012

iA SeMaKiN HamPiR Ya ALLAH..


DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

semakin hari debarannya semakin kuat dapat ku rasai,
aku tidak tahu apakah perancangan ALLAH untuk diri ku selepas ini,
aku langsung tidak diberitahu akn keadaan diriku di masa hadapan,
akan tetapi aku begitu yakin bahawa segala ketetapanNYA buatku kelak amat menguntungkan diriku,
kerana hanya ALLAH TUHAN YANG MAHA MENCIPTA,
RAJA segala ciptaan pasti mengetahui segala rahsia disebalik ketetapannya itu,
pasti ALLAH sedang merancangkn seuatu yang terbaik buat diriku,
OLEH ITU,