Sunday, February 26, 2012

BiLa KaLi TeRaKhiR ???

ASSALAMUALAIKUM sahabat-sahabat yang amat ana segani sekelian.semoga kalian berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat ALLAH hendaknya.di kesempatan ini ingin  sekali ana memohon kemaafan atas kelewatan ini membuatkan kalian tertunggu-tunggu.ketahuilah bahawa ianya bukanlah sesuatu yang diingini oleh penulis.sejak kebelakangan ini terlalu banyak agenda yang perlu dikerjakan dahulu membuatkan ruang untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog kesayangan ini memjadi kurang.tanpa melengahkan masa,kali ini ingin ana berkongsi sedikit pandangan yang tidaklah seberapa ia cumalah sesuatu yang berbentuk tazkirah di mana kita sebagai manusia tidak terlepas daripada satu penyakit ini iaitu penyakit lupa atau alpha.

ya ALLAH,ajarkanlah aku apa yang tidak aku tahu tentang isi al-quran.
ya ALLAH,ingatkanlah aku apa yang aku telah lupa tentang  al-quran.
ya ALLAH,hapuskanlah dosaku dengan berkat membaca al-quran.

doa ini tidak asing lagi daripada kita bukan?banyak kali kita membacanya secara ulang-ulang tetapi pernahkah kita menjenguk sebentar akan maksudnya yang terkandung di sebalik tulisan arab yang terpampang di muka surat al-quran di bahagian belakang itu.

Sunday, February 12, 2012

kEmAs DaN bErSiH...



ASSALAMUALAIKUM.bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita masih lagi boleh bernafas dan terus melakukan ibadah atas kebenaran ilahi.sebenarnya ingin melihat nilai kesabaran yang sebenar dalam diri kita ialah ketika kita diuji oleh ALLAH.sifat tabah itu sendiri dapat dinilai ketika kita kusut dilanda musibah,bukan ketika kita hidup senang kesabaran dan ketabahan itu dilihat.saat nilai cinta kita akan PENCIPTA kita diambil kira saat kita diberi dugaan.sama juga,saat kesetiaan kita dalam sesutu perhubungan itu diuji saat kita diuji dengan kejauhan atau perselisihan faham.jika dalam semua keadaan ini kita dapat atasinya dengan baik dan cantik,maka itulah nilai sebenar kesabaran dan ketabahan.saat kita diuji dengan kesakitan yang kuat,adakah kita masih sanggup mengatur langkah untuk menuju ke rumahNYA untuk sama-sama memeriahkannya yang kini kian suram.islam itu tidak pernah menyusahkan kita tetapi dengan cara ini dapat kita buktikan betapa kita sangat mencintai ALLAH.saat kita dikurnikan kesihatan yang baik,dengan mudah kita dapat melaksanakan semua ibadah tidak kira sama ada fardhu mahupun sunat.kita mampu melakukannya.persoalannya adakah kita mampu melakukan perkara yang sama saat dugaan datang menerpa.jika kita berjaya,ternyata kita benar-benar mencintai ALLAH.saat kita terlalu asyik dilema dalam percintaan misalnya,terlalu banyak kata-kata manis keluar daripada mulut,janji-janji kesetiaan dilaungkan dengan begitu berkobar-kobar tetapi hakikat kesetiaan sebenar itu dilihat saat perhubungan itu ditimpa musibah.jika mereka dapat harunginya bersama dengan jayanya maka perhubungan itu tidak diragui lagi kerana kesetiaan mereka benar-benar tulus.

Tuesday, February 07, 2012

AdaKaH BeGiTu..



ASSALAMUALAIKUM..syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi milik ALLAH s.w.t.segala nikmat dann rahmat yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita jangan pernah kita sia-siakan.sia-siakan yang bagaimana?kita menggunakan kenikmatan dan rezeki yang diperoleh daripada Allah s.w.t  untuk menuju ke jalan yang dimurkai bukannya diberkati.ingatlah sejauh mana pun kita pergi dan sehebat mana pun pencapaian kita,akhirnya kepada ALLAH juga lah tempat kita kembali.oleh itu,jangan pernah mensia-siakan atau menduakan ALLAH kerana kita sangat memerlukanNYA untuk terus hidup.
seandainya kita terduga dengan sesuatu yang pada kita teramatlah berat.tambahan pula,urusan kita menjadi sukar.terlintas di kepala kita bahawa ALLAH akan tunjukkan jalan kepada hamba-hambanya yang benar-benar berkeinginan untuk mencari jalan yang ALLAH S.W.T berkati,pasti jalan itu akan ditunjukkan dengan mudah.mereka yang dekat dengan ALLAH juga pasti tidak akan  disia-siakan oleh YANG MAHA MENCIPTA.mereka yang disayangi ALLAH pasti dijaga olehNYA dengan begitu baik.seandainya,kita menginginkan sesuatu lalu kita berusaha dan berdoa kepada ALLAH agar ditunjukkan jalan yang benar serta dipermudahkan segala urusan kita.kita benar-benar menginginkan perkara tersebut tetapi kita masih belum mendapatkannya.tambahan pula,urusannya semakin sukar dan harapannya semakin gelap.maka timbullah bermacm perasaan yang bercampur aduk.sedih,kecewa,pedih dan sebagainya.pada masa yang sama juga timbullah bermacam-macm persoalan yang harus segera dijawab agar tiada masalah hati yang bisa memarahkan lagi keadaan.

Thursday, February 02, 2012

KuAt DaYa iNgAtAn






Assalamualaikum..ada sedikit perkongsian.langkah-langkah untuk kuat daya ingatan.
Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. 

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:



Amalkan Tidur Yang Cukup 
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi. 



Mengawal Tekanan 
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya. 



Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan 
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.