Monday, January 23, 2012

SaYa nAk JaDi SoLeH & SoLeHaH

ASSALAMUALAIKUM..syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNYA ana masih diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ini yang semakin lama,semakin bersarang.ana akan cuba sedaya upaya untuk mengisi blog ini supaya dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya ana.

ibu bapa adalah dua orang insan yang sangat bermakna dalam hidup seseorang.tanpa mereka,kita tidak akan pernah berpeluang melihat dan merasai keindahan dunia ini dengan izin ALLAH.ibu seorang insan yang sangat tabah dan sabar dalam memastikan kandungannya berada dalam keadaan baik.alahan yang bermacam-macam jenis  terpaksa diharungi sekuat mungkin.dia juga membawa kandungannya ke hulu dan ke hilir selama 9 bulan tanpa pernah ditinggalkan ke tepi hanya buat sesaat sekali pun..badan terasa sangat letih dan lenguh langsung tidak dihiraukan kerana ingin membahagiakan semua orang yang menantikan kelahirannya.dalam kandungannya  ada satu nyawa yang amat disayanginya.kelahirannya adalah sangat mendebarkan dan ditunggu-tunggu.seorang ayah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam semata-mata mencari sesuap nasi untuk keluarga yang tercinta.walaupun penat lelahnya dan badannya merayu agar diberi sedikit kerehatan tetapi langsung tidak dihiraukan selagi insan yang disayangi di rumah tidak dipenuhi segala permintaannya.itulah pengorbanan yang penuh bermakna.untuk menjaga dan memelihara manusia tidak semudah menjaga benda lain.oleh hal ini kerana manusia mempunyai pelbagai ragam dan kehendak yang perlu dituruti.ibu bapa bertungkus-lumus menjaga anak-anaknya agar selesa dalam meniti kehidupan ini.tempoh penjagaannya bukanlah sehari dua,bukan juga seminggu dua,tidak setahun dua tetapi bertahun-tahun.satu tempoh yang sangat panjang dan lama.daripada kita yang masih merah sehingga sudah pandai berdikari menguruskan diri.begitu besar pengorbanan mereka.

Tuesday, January 17, 2012

MUhAsAbAh KeTiKa MuSiBaH..


ASSALAMUALAIKUM.bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurninya kita masih dipertemukan kali ini.semoga setiap perkara yang kita kerjakan akan membuahkan hasil yang cemerlang di samping mendapat keredhaan ilahi yang sangatlah penting.semoga iman kita juga berada pada tahap yang selamat.tetapi kita harus ingat bahawa langit tidak selalu cerah dan hidup tidak selalunya bahagia.pada tahap-tahap tertentu kita akan diuji oleh ALLAH dengan menurunkan pelbagai ujian untuk kita tempuhi.seperti yang kita semua ketahui bahawa syurga ALLAH  itu sungguh mahal bukan?hanya insan-insan yang istimewa akan dipilih oleh ALLAH untuk menikmati kesenangan,kebahagian,kenikmatan dan keseronokan di JANNAHNYA.hanya mereka mencintai ALLAH sepenuh jiwanya sahaja akan mendapat tempat di sana.bagaimana ALLAH ingin memastikan bahawa kekuatan cinta hamba kepadanya benar-benar tulus adalah dengan mengirimkan ujian buat mereka.mereka yang ingin memasuki tempat yang terlalu indah itu harus berusaha dengan lebih kuat untuk mendapatkannya.mereka  yang benar-benar kuat dan kukuh cintanya kepada ilahi sahaja akan mampu mengharungi segala ujian itu dengan cemerlang.disebabkan kesanggupannya mengorbankan kebahagiaan dan kemewahannya semasa berada di dunia,ALLAH telah menghadiahkannya syurga di akhirat.cintanya kepada ALLAH telah dibuktikan sepanjang perjalanan kehidupannya di atas pentas dunia.

ALLAH telah berfirman,mafhumnya: apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan,"kami beriman",dan mereka tidak diuji?dan sungguh,kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.(surah al-'ankabut,ayat 2-3)


jelaslah bahawa hanya mereka yang sudah diuji dengan ALLAH dikatakan sudah beriman dan tempatnya di syurga ALLAH.semakin kuat iman seseorang,semakin kuat ujian yang bakalan diterima.mereka yang hanya berduga mereka telah beriman dengan ALLAH walhal tidak diuji itu tidak lain dan tidak bukan telah mangaburkan matanya dan seharusnya mereka berasa takut akan azab ilahi.

Tuesday, January 10, 2012

MaMpuKaH AkU??


ASSALAMUALAIKUM...apa khabar sahabat-sahabat?bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita masih dipertemukan .semoga kita sentiasa mendapat keredhaan dan hidayahNYA yang terhebat.ana menulis bukan niat untuk menyatakan kehebatan atau kemegahan dalam mengetahui segala-segala berkaitan ilmu ALLAH.jauh sekali ingin mengatakan bahawa ana lah yang terbaik.tidak sama sekali.apa yang ana kongsikan adalah kerana ALLAH SEMATA-MATA.dan tidak lain dan tidak bukan untuk mengingatkan diri ana terutamanya yang telah jauh menimpang.dengan  coretkan ana sedikit di sini dapat sedikit sebanyak membantu ana kembali kepada ya rabbi.

ya ALLAH,
aku terlalu sedih ya ALLAH.
hanya ENGKAU yang memahami diriku lebih daripada diriku sediri kerana ENGKAU menciptakan aku.
ya ALLAH,
mampukah aku teruskan perjuangan di atas bmi milikMU ini seandainya aku jauh daripada MU..
sudah tentu tidak mampu ya ALLAH..
kerana aku akan terleka dengan keasyikan dunia yang terlalu mengasyikkan.
ya ALLAH,
mampukah aku kembali ke pangkal jalan tanpa bantuan MU.
aku tidak mampu ya ALLAH
kerana aku lemah,iman aku lemah dan nafsu aku cuba mengambil alih.
oleh itu ya ALLAH bantulah aku.
aku perlukan bantuanMU kerana aku TIDAK MAMPU hidup tanpa bantuan MU dan keredhaanMU..

setiap kali aku membayangkan seksaan yang bakal menimpa aku,hati aku menggeletar ketakutan tetapi mengapa aku tetap sanggup melanggar arahannya.aku terasa pelik kerana ada suatu masa aku terasa kuat dan yakin bahawa aku tidak akan melakukan perkara yang menimbulkan kemarahan ALLAH.setiap kali aku membaca artikel-artikel berunsurkan tazkirah,aku seolah-olah disimbah satu semangat yang berkobar-kobar untuk mmbantu agamu ku yang TERCINTA dan tidak tergamak untuk memfitnahnya tetapi mengapa aku tetap melanggarnya.semangat yang baru tadi hilang.mengapa semua ini terjadi?kadang-kadang aku terasa terlalu takut untuk melanggar segala perintahnya.bukan aku tidak percaya akan kebenaran janjiNYA tetapi aku seolah-olah gagal menyawal diriku saat godaan syaitan datang menerpa diri ku.terasa terlalu hina diriku apabila berkali-kali ku ungkapkan rasa cintaku kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG tetapi aku tetap gagal.aku yakin cintaNYA TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN DAN TIDAK PERNAH MENYAKITKAN.aku teralalu yakin bahawa cintaku akan dirbalas.semakin aku dekat dan kuat mencintainya,maka  lebih kuat rasa cintanya kepadaku.tetapi aku masih gagal menunjukkan rasa cintaku dalam bentuk perlakuanku.aku terlalu hampa.adakah aku manusia yang hanya pandai berkata-kata tanpa mampu membuktikannya?cinta dan kasih sayangku hanya untukMU ,ya ALLAH.tetapi aku masih tidak mampu menangkas segala cobaan yang ENGKAU kiriMkan kepadaku untuk menduga keimanan ku.godaan SYAITAN itu sangat menyakitkan aku..berilah aku kekuatan ya ALLAH.MAMPUkah aku menghadapinya?

Thursday, January 05, 2012

uBaT PeNYaKiT dEnGKi..



ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN,

ana teringin berkongsi sedikit ilmu pengatahuan yang ana peroleh daripada majalah GEN Q.sebenarnya majalah ini penuh dengan artikel-artikel yang boleh membantu kita mendalami lagi ilmu ALLAH yang luas itu.tidak salah kalau kita hendak membeli bahan bacaan lain tetapi biarlah kadang-kadang kita keluarkan duit untuk mendapat manfaatnya serta kasih sayang ALLAH.tidak kenal maka tidak cinta bkan?jadi,untuk mencintai ALLAH,kita perlu kenal dulu SIAPA ITU ALLAH?baru kita akan mencintainya sedalam-dalamnya tanpa ada rasa ragu-ragu.semua orang mudah bukan meluahkan kasih dan cintanya kepada ALLAH tetapi sejauh mana ia dapat dibuktikan.tidak mudah bukan.ana menasihati diri ana terutamnya yang terlalu banyak salah.kadang-kadang ana menjadi takut kalau menduakan ALLAH.na'zubillah.jauhkanlah ia daripada kita semua.cinta bersama manusia terdapat banyak rongga-rongga dan peluang untuk kita disakiti dan dikecewakan tetapi berkasih sayang pada ALLAH tidak pernah disakiti dan dikecewakan.itu sudah pasti.berkasihlah kepada ALLAH wahai sahabat-sahabtku terutamanya diriku yang dhoif ini.

kita kembali kepada tajuk yang ingin dikongsi iaitu UBAT PENYAKIT DENGKI :

* SENTIASA bersyukur dengn segala nikmat yang ALLAH s.w.t pinjamkan.biasanya kalau tidak bersyukur nanti ada rasa tidak puas hati tengok kejayaan orang lain.
* SELALULAH melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan.biasanya kalau tidak beramal soleh nanti maksiat pula yang datng dekat kita.
* perlu ingt setiap masa bahawa rasa DENGKI itu akan merosakkan amal kebajikan.biasanya kalau tidak ingat begitu nanti kita lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikan.
* TEKUN dan BERUSAHA mencari rezeki yang halal.biasanya kalau  kita berusaha untuk sesuatu yang haram nanti kita terjerumus ke lembah hina.
* BERBAIK SANGKA terhadap orang lain dalam setiap tindakan.biasanya kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.
* selalulah mengikat SILATURAHIM dan saling BANTU-MEMBANTU antara satu sama lain.biasanya kalau kita tidak buat demikian nanti tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan kita.
* sentiasalah MENJAGA perkataan dan perbuatan daripada menginggung perasaan orang lain.biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara-mara.

wallahualam.selamat beramal..wasalam

Tuesday, January 03, 2012

BuAtMu MUjaHidAh..


Assalamualaikum.sedikit pesanan yang ana petik daripada blog sahabat ana.semoga ia memberi kita sedikit inspirasi untuk teruskan pejuangan.hayatilah wahai sahabat-sahabatku..

pesanan ummi,

kalau nak memilih suami,
jangan pilih yang baik sahaja
kerana yang baik dan bersopan santun
belum tentu hatinya pada ALLAH
kadangkala yang baik itu
asyik terlupa mendirikan solat yang lima
yang baik itu
kadangkala tidak mengenali kesyumulan islam
tidak mengenali kalamullah.

kalau ingin memilih suami
jangan hanya memilih yang solat lima waktu sahaja 
kerana sehabis solatnya,
hanya lepak di hadapan tv
dakwahnya hanya di rumah
setiap kali diajak ke majlis-majlis ilmu
anak isteri dijadikan alasan menghalang
"minta maaf,saya kena hantar isteri"
"minta maaf,saya hendak ambil anak tusyen"
beribu alasan direka kemas-kemas
lelaki ini tidak mengenali perjuangan islam yang sebenarnya