Monday, March 12, 2012

iA SeMaKiN HamPiR Ya ALLAH..


DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

semakin hari debarannya semakin kuat dapat ku rasai,
aku tidak tahu apakah perancangan ALLAH untuk diri ku selepas ini,
aku langsung tidak diberitahu akn keadaan diriku di masa hadapan,
akan tetapi aku begitu yakin bahawa segala ketetapanNYA buatku kelak amat menguntungkan diriku,
kerana hanya ALLAH TUHAN YANG MAHA MENCIPTA,
RAJA segala ciptaan pasti mengetahui segala rahsia disebalik ketetapannya itu,
pasti ALLAH sedang merancangkn seuatu yang terbaik buat diriku,
OLEH ITU,

aku tidak perlu khuatir akan segala ketetapannya kerana aku tahu itulah yang terbaik buatku,
akan tetapi,
aku hanya insan biasa yang tidak terlepas daripada memiliki sifat gementar dan gelisah,
aku juga insan biasa yang tidak terlepas daripada mengharapkan sesuatu yang baik dan cemerlang,
agar dapat ku hadiahkan buat insan-insan yang selama ini telah banyak berkorban buat diri ku,
lantas aku berdoa YA ALLAH,
agar ENGKAU kurniakn sesutu yang cemerlang dan terbaik buat diriku,
jika ia amat baik untuk diriku,masa depanku serta agamaku.
ENGKAU permudahkanlah bagiku untuk memperolehnya,
tiada tempat untuk aku berharap selain ENGKAU,
tenangkanlah hati dan jiwa ini untuk menghadapi dugaan yang berat ini,
berilah sedikit kekuatan untuk ku tempuhinya,
redhakanlah hatiku untuk menerima segala keputusanmu itu,
positifkanlah diriku agar aku sentiasa  BERSANGKA BAIK TERHADAMU,YA ALLAH..

aku begitu resah menantikan jawapannya,
tenangkanlah hatiku kerana aku tahu ENGKAU tidak pernah mengabaikan hambamu yang hina ini...
amiinnn...

wallahualam..(hanya sebuah luahan)
sama-samalah kita berdoa untuk kejayaan bersama..walau apa pun keputusan yang kita peroleh,ingatlah bahwa keputusan itu bukan penentu segala-galanya.bersyukurlah dengan apa sekali pun keputusan yang kita peroleh..serta bersangka baiklah kepadaNYA....insyaALLAH kamu akan temui hikmah disebaliknya..insayaALLAH kamu akn berupaya membongkarkan sedikit rahsia yang ingin ALLAH hadiahkan kepada kita..wasalam

3 comments:

  1. kjayaan itu milikmu sahabatku..milikmu..jika bkn skrg psti satu hari kelak..kerana DIA lebih tahu yg terbaik utk mu..

    ReplyDelete
  2. kjayaan itu milik mu sahabatku..milik mu..jika bkn skrg psti satu hari yg bakal tiba..sesungguhnya dia lebih tahu yg terbaik utk mu..

    ReplyDelete