Friday, December 30, 2011

HiDuP hArUs GeMBiRa..



Assalamualaikum semua.bersyukur ke hadrat ilahi kerana msih diberi peluang untuk bertemu di alam maya ini.semoga semuanya diberkati.persoalan pertama yang menerjah di kepala ana ialah

 ADAKAH KALIAN GEMBIRA?

pasti jawapannya ya tetapi kadang-kadang tidak.persaan itu normal bukan.kitakan manusia,atau ada antara kita ni makhluk asing.ada ka?kitakan bergelar manusia yang memiliki berbagai-bagai emosi antaranya gembira,sedih,kecewa,putus harapan,benci,sayang,rindu dan macam-macam lagi.kalau tidak ada perasaan ini kitalah manusia yang tiada perasaan.tidak gembira hidup kita.tiada warna-warni dalam kehidupan ini.tidak mungkin kita akan sentiasa serius sepanjang masa.oh tidak!ia pasti membosankan bukan?di mana dalam kehidupan ini tidak disertakan gurau-gurauan sebagai hiburan atau sakat-menyakat.kita juga harus ingat agar tidak berlebihan dalam bergurau senda,takut-takut gurauan yang ingin kita ciptakan itu akan menukar daripada keadaan yang ceria kepada keadaan yang suram.sebagai contoh,dalam persahabatan itu sendiri,langit tidak sentiasa terang bukan?.kadang-kadang ianya mendung juga.samalah dalam persahabatan yang tidak sentiasa baik.kadang-kadang kesetiaan dan kasih sayang itu hendak diuji oleh ALLAH agar  tahi persahabatan itu bertambah erat dan kukuh.jadi,ayuh kita corakkan lagi hidup kita dengan pelbagai perasaan agar ianya lebih indah.kenapa ALLAH tidak jadikan kita semua ini dalam satu bentuk dan satu perangai?bukan kerana ALLAH tidak mampu tetapi sudah tentu kerana ALLAH inginkan kepelbagaian dalam ciptaanNYA kerana ALLAH mampu melakukan apa sahaja mengikut kehendakNYA.baru meriah dunia ini kerana didiami ramai manusia yang mempunyai pelbagai karenah dan sifatnya.rambut sama hitam,tetapi hati lain-lain.

Thursday, December 29, 2011

MeNgApA aKu TeRaSa LeTiH...



ASSALAMUALAIKUM.bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih berkesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu pemberian ALLAH ini.semoga ianya diberkati ilahi.semoga segala apa yang dicoretkan di dalam blog ini dapat difahami dengan mudah.segala yang baik boleh diambil dan seandainya ada kesalahan seribu kemaafan dipinta.

hari demi hari silih berganti di mana kita juga mengetahui bahawa masa tidak boleh dihentikan.masa akan terus bergerak seperti yang telah di arahkan oleh ALLAH.masa itu ibarat pedang,jika kita tidak memtongnya,dia akan memotong kita.jadi,ALLAH kurniakan setiap hambanya tempoh masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam.tiada sesiapa yang dapat satu tempoh yang singkat daripada itu atau satu tempoh yang lebih panjang.ianya bergantung kepada hambanya itu sendiri untuk menguruskan dan mengisi masa lapang itu dengan perkara-perkara yang bermanfaat atau sebaliknya.ramai dalam kalangan sahabat ana membuat keputusan untuk bekerja  untuk menambah duit poket.bekerja merupakan satu aktiviti yang dipilih untuk mengisi masa lapang masa.ia merupakan satu pilihan yang baik tetapi di sini ana berkesempatan untuk memberi sedikit peringatan bahawa carilah kerja yang tidak menghalang kita daripada bertemu dengan YANG MAHA ESA di samping pekerjaan yang halal.apa gunanya kalau kita berteungkus-lumus siang dan malam bekerja tetapi ianya tidak dapat keberkatan ilahi.bekerja itu juga satu ibadah bukan tetapi kalau sampai tempoh bertemu dengan ALLAH juga disekat adakah itu masih dinamakan ibadah?kita tidak cuma tidak bukan hanya memperolehi penat dan lelah.

bagi sesetengah manusia memilih untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya.dalam tempoh ini juga tidak kurang dugaan yang menimpanya.hari demi hari diisi dengan rutin yang tiada perbezaan ketara.hari-hari kerja yang sama.diulang dan terus diulang.tempoh perulangan itu telah berjalan hampir sebulan.baru sebulan telah dirasai sebagai setahunn.badan mula terasa letih dan hati mula meragui apa yang telah dilakukan.

Wednesday, December 28, 2011

SeTuLuS HaTiMu...

ASSALAMUALAIKUM...sedikit cerita untk dikongsi dan diambil ikhtibar..


Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai dan sepadan.
Gambar hiasan
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, “Sayang, aku baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita” katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
“Masing-masing perlu mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…..”
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikkan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatatkan apa yang terlintas dalam benak mereka masing- masing.

Monday, December 26, 2011

SeJaUh MaNa PeRubAhaN iTu DaPaT Di KekAlKaN...


Assalamualaikum.kalifa halukum?syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk mencoret sedikit pandangan yang tidak lah seberapa tetapi moga-moga ia sedikit sebanyak dapat membantu kalian.maap kerana blog ini dibiarkan bersarang buat seketika.ada bayak masalah yang tidak dapat dielakkan.terima kasih kerana masih ada lagi sahabat-sahabat yang tidak berputus asa menunggu dengan penuh kesabaran.semoga ALLAH permudahkan urusan sahabat-sahabat sekalian.

semua orang boleh berdiri dengan gagah dan cakap macam-macam dengan mengeluarkan ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis yang hebat-hebat sehingga membuatkan orang yang mendengarnya terasa kagum dan menggeletar lulutnya kerana takut akan hujah yang dikeluarkan tetapi ingatlah mengamalkan sesuatu amalan tidak semudah berbicara mengenainya.berdakwah itu bukan sahaja boleh dilakukan dengan hanya berbicara dengan huraian-huraian yang power-power.ketahuilah bahawa mereka yang tidak lancar dalam berkata-kata juga mampu berdakwah dengan berkesan.bagaimana?caranya mudah dengan hanya melihat keperibadian diri kita.cara kita menyusun kata dalam menasihati,cara kita memberi kata-kata semangat kepada teman-teman,cara kita memelihara kehormatan diri dan lain-lain.memiliki keperibadian yang luhur dapat menjadi ikutan adik-adik,sahabat-sahabat malah orang yang lebih dewasa.kita manusia,menginginkan sesuatu yang indah.itu fitrah yang dimiliki makhluk yang bergelar manusia.mata kita akan terdorong untuk melihatkan sesuatu yang menyenangkan dan indah.melihat seorang wanita yang berwajah comel dengan melindungi dirinya dengan penuh kesabaran.menutupi perhiasannya dengan penuh ketaqwaan itu lebih indah jika dibandingkan dengan seorang wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya tidak berpakaian.tutup sebahagian yang lain tetapi membuka sebahagian yang lain.yang mana lebih enak  dipandang?wanita yang menjaga maruahnya atau sebaliknya.sudah tentu wanita yang terpelihara maruahnya bukan?lalu kita juga terdorong untuk melakukan sedemikian rupa juga dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah yanga dikurniakan oleh ALLAH.jadi,dengan penampilan dan tutur kata juga boleh mencegah kepada kemungkaran dan mengajak ke arah kebaikan.mereka yang hanya pandai berkata tetapi tidak pandai mengamalkannya tidak akan menghasilkan cara dakwah yang berkesan malah ia akan terdorong dalam menfitnah agama.na'uzubillah..semoga dijauhkan daripada kita semua.bukan sahaja ianya tidak akan berkesan tetapi ia turut akan dibenci oleh ALLAH,RASULULLAH dan masyarakat.jauhilah daripada cakap tidak serupa bikin.satu istillah yang tidak asing lagi daripada kita.

Wednesday, December 21, 2011

JoM SoLaT !!!

ASSALAMUALAIKUM.apa khabar sahabat-sahabat yang amat ku kasihi kerna ALLAH.semoga persahabatan yang kita jalinkan ini akan sentiasa mendapat keberkatanNYA.semoga ukhwah ini berkekalan,ia tidak hanya terjalin di saat pertemuan tetapi ia tetap mekar terjalin utuh walaupun kita terpaksa menerpa sebuah perpisahan.biarlah ukhwah ini hingga ke JANNAHNYA.apa khabar iman saudara-saudari sekalian?ingat !! kita tidak boleh berasa jemur untuk bertanyakan khabar iman masing-masing.seperti yang semua sedia maklum bahawa iman sentiasa bertambah dan berkurang.jadi,apabila ia semakin surut maka kita perlu tambahkan ia dan apabila ia bertambah maka terus peliharalah ia agar sentiasa mekar,bertambah dan terus bertambah.

sepanjang musim persekolahan ini,sekolah sahaja yang cuti tetapi solat tidak cuti melainkan sebab-sebab tertentu.satu perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat dengan hanya memandangnya dengan sebelah mata.betapa ia diambil mudah oleh mereka yang tidak pernah timbul rasa takut akan kekuasaan ilahi.bukan ustaz dan ustazah tidak datang memberitahu.segala berkaitan solat telah dijelaskan dan hukumnya juga telah diberitahu tetapi disebabkan hati yang terlalu keras membuatkan jasad terus terpaku tanpa rasa bersalah kepada YANG MAHA MENCIPTA.

ayuh kita berkata soal yang paling penting,semua menggapnya perkara yang biasa kerana sering diperkatakan tetapi ketahuilah bahawa ia amat penting.malah ketika kita sedang disoal siasat akan amalan kita ketika berada di dunia,perkara pertama yang akan disoal ialah berkaitan solat.jika solat sudah dapat lampu hijau maka denagn mudahlah untuk berganjak  kepada amalan yang lain pula seperti bersedekah,solat sunat,membaca al-quran dan lain-lain.tetapi jika  amalan solat lagi sudah tersangkut,macam mana hendak tengok amalan yang lain.jadi,solat ini penting.solat itu juga tiang agama,tanpa tiang maka runtuhlah agama itu.apa itu solat?dari segi bahasa ia bermaksud doa.solat itu doa.doa itu permohonan.maksudnya,dalam solat kita mengingati ALLAH dan meminta sesutu daripada NYA.dalam surah al-fatihah itu tersendiri mengandungi maksud yang terlalu indah.antaranya,tunjukilah aku jalan yang lurus(benar).sedar atau tidak ketika kita solat itu sendiri kita telah berdoa memohon pertolongan daripada ALLAH.mereka yang tidak solat maka hidupnya bukan sahaja tidak tenang dan aman,malah dia dikatakan seorang yang angkuh,ego dan takabur.mereka dikatakan sombong kerana tidak sujud kepada ALLAH.dalam solat,kita rendahkan diri bersujud kepada ALLAH.jika kita tidak solat adakah kita merendahkan diri kepadanya.


Monday, December 19, 2011

HoW tO UsE sUrAh AL-FATIHAH

 salam....

the best way to make a happy life with barakah...insyaALLAH...


1. to make someone(your husband and your children and your friend)think of you all the time,read the al-fatihah 14 times before going to sleep.

2.for terminal diseases,read the al-fatihah 41 times and blow it in the water.drink and take a bath with that water.

3.for the mentally ill,
read the al-fatihah 7 times while rubbing the person's haed once in the morning and once at night
everyday without fail.

4.when in extreme pain,
read the al-fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.then,read the al-fatihah while rubbing the area that is in pain.

5.for babies who cry at night or at any time,
read the al-fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6.for injury,ex.cut,bee sting,bleeding,finger got slammed dy the door
read the al-fatihah 3 or 7 times,using your thumb,take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

alla of the above INSYALLAH will work with several conditions...

* believe that the al-fatihah is the best "penawar" for everything
*read it with full "khusyuk" tawakal to ALLAH
*use it with good "niat"/intentions.


wallahualam...try it

Thursday, December 15, 2011

SuP tAngAn MaNuSiA


Assalamualaikum..
Kepada semua muslimin muslimat serta makhluk allah yang mendiami dunia ciptaannya.marilah sama2 kta bertaqwa kepada allah  dengan melaksnakan segala prntahnya dan meninggalkan segala larangannya.moga2 kta sentiasa dibawah naungan rahmat allah.rakan2 skalian,rindukah rakan-rakan kepada sekolah?semua manusia mempunyai perasaan rindu termasuklah ana.perasaan rindu itu akan wujud apabila insan yang  dkasihi jauh dari pndangan kita disebabkan perpisahan yang dtentukan allah yang sudah pastinya ada hikmah disebalik perpisahan itu.kata ulama’suatu perpisahan akn mewujudkan perasaan rindu yang akn menimbulkan perasaan kasih sayang mendalam’.sungguh indah ayat ini jika kita hayatinya.apabila pertemuan yang dinanti-nantikan tiba,hubungan yang terjalin akan lebih rapat akibat rasa kasih sayang yg terpendam.itulah hakikat sebenar rahsia disebalik perpisahan.
Seperti manusia laen ana juga mempunyai perasaan rindu terhadap insan yang kini jauh berbatu dari ana.sehinggakan allah mengkhabarkan kerinduannya dalam mimpi ana.sekarang insan ini menjadi orang gaji xbergaji sepenuh masa dirumah.itulah matlamatnya iai2 untk berbakti kepada kedua ibubapanya.semoga dia sentiasa dibawah perlindungan allah.
Kali ini ana ingn membuka minda rakan2 sekalian tentang ap itu hukum hudud.apa yg ana kemukakan ini bukanlah ingin menyokong atau membangkang mana2 pihak tetapi ingin menyatakan kebenaran tentang hukum yang telah ditetapkan oleh allah dalam al-quran.pertama skali mengapakah allah menamakan hukum hudud?.hudud diambil dari perkataan hadda yang bermaksud had[sempadan].hudud ialah sempadan2.maksud sempadan dalam erti kata hudud ialah sempadan yang allah letakkan untuk menghalang segala perlakuan mungkar.jika hukum hudud dijalankan maka segala perlakuan mungkar seperti zina,merompak,mencuri,membunuh dapat dihentikan kerana terdapat sempadan yang telah allah tetapkan.perlulah kta ketahui bhawa hukum yang ditetapkan oleh allah s.w.t adalah hukuman yang terbaik dan tidak bleh ditandingi oleh hukum yang dicipta sendiri  manusia.persoalnnya adakah Negara kita mengamalkan hukum hudud?.

Friday, December 09, 2011

GerHaNa BuLaN...


salam semua.indahnya saat kita diberi peluang untuk melihat salah satu kekuasaan ALLAH.kata bahagian falak,dijangkakan 10 disember 2011 gerhana bulan akan muncul.ia akan bermula 8.45 malam dan berakhir pada tengah malam hari itu.jadi,marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk mendekatkan lagi diri kepada ALLAH dengan bermunajat dengan penuh tawadu'.apa yang telah diajar oleh nabi saat gerhana ini tiba.beberapa riwayat  bukhari telah menyatakan bahawa sepanjang hayat nabi,baginda sempat mengalami beberapa kali gerhana bulan tetapi hanya sekali gerhana matahari.


saat gerhana ini terjadi,di ceritakan bahawa nabi muhammad s.a.w dan para sahabat terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat gerhana.baginda dikatakan membaca 4 surah yang panjang-panjang sepanjang menunaikan solat antaranya surah al-baqarah,surah ali imran,surah an-nisa' dan surah al-maaidah.peristiwa ini ingin menunjukkan  bahawa rasulullah beribadat sepanjang gerhana itu berlaku.tanpa sedikit pun masa yang ada dibazirkan.jadi,kita perlu ikut apa yang telah dilakukan oleh rasulullah.sepanjang gerhana itu perbanyakkanlah beristigfar,berzikir,menunaikan solat sunat dan bersedekah untuk menghapuskan dosa.bukan sepanjang gerhana itu kita bazirkan masa dengan bergelak ketawa,mengambil gambar sana sini serta berfoya-foya.kata ahli falak lagi,kajian mengatakan gerhana bulan  kali ini merupakan satu ulangan  gerhana bulan ketika 7 november 1957.subahanallah...




Thursday, December 08, 2011

NiKmAt ALLAH


Assalamualaikum.Bersyukur kta kehadrat ilahi krana dengan sifat ar-rahman dan ar-rahimnya kta dapat lagi menikmati sgala kurnian allah dmuka bumi ini yang tidak henti2 allah anugerahkan kepada setiap hambanya walaupun segelintir manusia kufur dengan nikmat yang allah anugerahkan i2.Kawan2 yang dikasihi sekalian,ulama mufassiran menafsirkan  bahawa setiap anugerah yang allah kurniakn kpada kta merupakan sa2 ujian untuk allah melihat sehebat mana kita menggunakan nikmat allah i2.sebelum itu,perlulah kita ketahui siapakah diri kta dbumi allah ini.adakah kita seorng pemimpin,jutawan,setiakawan,superman,spiderman atau pun pelajar saina?walau siapapun kta dmuka bumi kita tidak boleh lari dari kekuasaan allah biarpun kta seorng superman skali pun.lupa nk sebut,superwoman sekalipun.kita tidak bleh lari dari ketentuan allah.

Marilah sama2 kita renung sejenak,apakah segala nikmat yang allah kurniakn kpada kita selama ini kta gunakan dengan betul.Ramai manusia dimuka bumi ini lalai dengan nikmat yang allah kurniakn dengan menggunakan nikmat allah kejalan maksiat seperti mengumpat,melihat benda2 yang haram,mendengar lgu2 yang melalaikan dan sebagainya.Apakah kita mampu menjadi penghuni syurga allah jika kita kufur akan nikmat allah s.w.t.APAKAH YANG DIKATAKN DENGAN KUFUR AKAN NIKMAT ALLAH ITU?.

Wednesday, December 07, 2011

DoA sEoRaNg aDiK

Marilah sma2 kita ambil pengajaran dari kisah ini.


 Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdoa memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat digunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya untuk memudahkan mereka pergi mengaji. Allah mengabulkannya. Tidak lama kemudian sebuah kereta dapat beliau miliki hasil daripada bonus pekerjaannya.

Lalu si Abang berdoa memohon seorang isteri yang sempurna. Lalu Allah mengabulkan permintaannya. Tidak lama kemudian si abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik budi bahasa serta perangainya.

Tuesday, December 06, 2011

BuKaN sEtAkAt iNi....

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian?harap baiklah hendaknya.
setiap orang pasti ada agendanya yang tersendiri sepanjang cuti ni,ada yang bekerja,ada yang ambil lesen(syai contohnya =p),ada yang memantapkan kemahiran hidupnya,ada juga yang menimba ilmu agama ( pondok =0 ),ada yang jadi orang gaji tanpa gaji di rumah dengan rela dan ada juga mereka yang menghadap internet tidak henti-henti..huh..teruskanlah usahamu dalam mengisi masa yang terluang ini sebaiknya.

ana ada sedikit perkongsian pengalaman untuk semua,hari ini mak ana kena pergi sekolah atas urusan kerja.nak dijadikan cerita,ana lah yang kena uruskan makan minum adik-adik ana.memasak?lebih kurang macam tu lah.perkara biasa yang terjadi dalam rutin hidupku.yang menjadikan ia sedikit uniknya hari ini apabila ayahku telah menawarkan diri untuk merasa masakanku.alamak cuaknya?selalunya masakanku hanya menjadi santapan untuk adik-beradikku + my mom.tiba-tiba malam ini ayahku nak mencuba sendiri..betapa berdebarnya hatiku menantikan komen daripadanya..duup..duup!!!takutnya.selesai menikmatinya,lantas ayahku berbicara "erm,sedap.oke la ni..esok masak apa pulak?"huh~lega rasanya dan lucu juga..itu sahaja pengalamannya..bertambah semangat selepas mendengar pujian yang bermakna itu..=)






ayuh kembali ke pangkal jalan,sebenarnya ada sedikit perkara yang ingin sekali ana berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.ianya lebih kepada sahabat-sahabat yang sebaya denganku.30.11.2011,merupakan satu tarikh keramat.satu tarikh yang merupakan tarikh penutup bergelar seorang pelajar sekolah.sekarang kita tidak lagi dan tidak akan lagi digelar pelajar sekolah.semua itu telah berlalu.hanya kenangan yang tinggal dan segala yang telah dilalui boleh dijadikan pedoman di masa hadapan.persoalannya sekarang MAMPUKAH KITA MELANGKAH KE DUNIA LUAR?

Monday, December 05, 2011

KeLeBiHaN pUaSa 9&10 MuHaRaM

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)




Saturday, December 03, 2011

HiDuP bIaR bErBakTi....


ASSALAMUALAIKUM kepada sahabat-sahabat yang amat ku sayangi kerana NYA..

di kesempatan masa yang diberi olehNYA ini,terlintas di kepala ana akan sebuah perpatah arab yang penuh bermakna.

SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH MANUSIA YANG BERBAKTI UNTUK ORANG LAIN...

satu kata-kata yang pada ana skopya terlalu luas.ayuh kita kecilkan sedikit skopnya dengan hanya memberi fokus kepada berbakti kepada IBU DAN BAPA.kepada rakan-rakan yang telah diberi peluang untuk meluangkan masa selama hampir 3 bulan untuk berbakti kepada ibu dan bapa.jangan dipersiakan peluang yang ada ini.sebelum ini,kita sering memberikan sejuta alasan untuk mengelak daripada berkhidmat untuk membantu mereka kerana sibuk dalam pengajian kononya.sekarang tiada lagi alasan yang bisa dicipta untuk lari daripada tanggungjawab itu.bukan ana katakan sebelum ini tidak membantu langsung.tidak sama sekali.cuma ianya sedikit terbatas kerana ada setengah daripada kita hanya pulang ke rumah sebulan sekali.jadi,peluang itu terhad.

Thursday, December 01, 2011

BiArLaH sEbEnTaR.....

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....

setinggi-tinggi rasa syukur ana panjatkan kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih diberi dua nikmat yang besar iaitu iman dan islam.semoga ia terus bertahta di dalam sanubari kita hingga ke syurga.rasa syukur lagi ku panjatkan kerana telah diberi kekuatan untuk terus gagah berjuang dalam salah satu ujian dunia iaitu SPM =).alhamdulillah

YA ALLAH,
ku telah berusaha semampu yang boleh,
kini berdoa dan terus bertawakal kepadamu atas kejayaan yang bakal kau berikan...AMIN3X

formula mudah:

USAHA+TAWAKAL+DOA=KEJAYAAN...

kali ini ingin sekali ana coretkan sedikit kenangan dan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan.apabila ditanya kepada sesiapa pun,jawapan pasti YA.iaitu YA semua orang  pasti mempunyai teman dan rakan.tetapi tidak semua orang mempunyai sahabat.siapa itu sahabat?sahabat iailah seorang insan yang sering ingatkan kita ke arah kebaikan.apabila dilihat wajahnya akan sentiasa tenang.apabila didengar tutur katanya,kita lekas bangkit untuk beribadah.apabila dilihat gerak gerinya,kita takut akan kekuasaan ilahi.apabila dibincang tentang agama bersamanya,rasa sungguh hebat kebesaran ALLAH itu.itulah  yang dikatakan SAHABAT..