Tuesday, November 30, 2010

hAmBa YaNG AjAiB

Pada suatu hari Abdul Wahid bin Zaid r.a berjalan-jalan dipasar tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual. Hamba tersebut melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu Abdul Wahid teringin untuk membeli hamba tersebut untuk membuat kerja-kerja dirumahnya. Hamba ini adalah seorang yang taat dan sentiasa melakukan kerja-kerja dengan tekun sekali.

Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini kerana diwaktu siang ia bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia tidak ada dirumah walaupun puas Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu rumah sentiasa tertutup dan tidak ada tanda-tanda bahawa pintu telah dibuka. Pada waktu pagi hamba tersebut telah berada kembali didalam rumah dan menyerahkan satu keping wang dirham yang terukir surah Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya oleh Abul Wahid, hamba tersebut menjawab " saya akan memberi kepada tuan setiap hari satu keping wang dirham asalkan tuan jangan bertanya kemana saya pergi". Abdul Wahid menerimanya dan tidak mengambil tahu lagi hal tersebut.

Satelah sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu hari datang seorang teman Abdul Wahid dan memberi tahu bahawa kerja hambanya setiap malam adalah menggali kubur orang yang maninggal dunia. Abdul Wahid amat terkejut diatas apa yang diberi tahu oleh kawanya, tetapi dia tidak percaya. Abdul Wahid berjanji akan menyiasat perkara terlebih dahulu.

Wednesday, November 24, 2010

SaLaM bErJiHaD...

 ASSALAMUALAIKUM ...

kaifahalukum??
maaf kerana ana sudah lama tak update blog ini kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan..

di sini,ana nak bawakan sebuah cerita yang boleh kita ambil pengajaran daripada kisah ini dan ia merupakan kisah benar bukannya dongeng..

kisah ini mengenai seorang hamba ALLAH yang hanya ingin dikenali sebagai siti..semasa siti berada di tingkatan 3,sahabatnya , fatimah az-zahrah telah mengajaknya untuk menyertai sebuah program di dataran SHAH ALAM..program SEMALAM BERSAMA AIR MATA PALESTIN..

maklumat yang baru sahaja diterima itu sudah cukup menghiburkan dirinya ..betapa berkobar-kobar jiwa nya ingin sertai program itu.sedang asyik melayan perasaannya yang terlalu gembira itu tiba-tiba dia terfikir akan sesuatu yang bakal menghancurkan kegembiraannya itu..

"erm..tapi aku nah pergi sana naik apa?",satu soalan terpacul di medan fikirannya.

siti bergegas menganbil telefon untuk menghubungi seorang insan yang mungkin boleh membantunya.iaitu ayahnya..setelah beberapa minit berbincang melalui telefon akhirnya siti redha akan keputusan yang diberikan di mana dia tidak dapat mengikuti program itu.siti bersangka baik kepada ALLAH..

siti cuba menenangkan fikirannya dengan menunaikan solat sunat lantas berdoa meluahkan segala yang terbuku dihati dan betapa dia mengharapkan bantuan daripada ALLAH untuk pergi ke sana..setelah isi hatinya yang menjadi bebanan kepadaanya telah diluahkan kepada ALLAH yang satu,barulah dia kembali tenang dan pasrah..


sebaik sahaja ayahnya  pulang dari kerja,siti sekali lagi cuba memujuk ayahnya supaya dapat menghantarnya ke sana pada malam itu..akhirnya,ayahnya yang sanggup berkorban demi memenuhi jahat anak perempuannya telah bersetuju atas cadangan yang diberikan.


siti menunaikan solat maghrib di sana,sambutan yang diberikan sangat menggalakkan..kelihatan ramai manusia yang berduyun-duyun datang memenuhi dataran itu..betapa kuatnya semangat jihad yang ditonjolkan oleh umat islam itu sendiri..sedang wakil daripada aman PALESTIN  memberi sedikit ucapan mengenai pengalamannya menyertai konvoi membantu palestin baru-baru ini,tiba-tiba,tidak semena-mena hujan turun selebat-lebatnya..dalam keadaan itu tidak ada seorang pun yang berganjak daripada tempat masing-masing baik yang duduk mahupun berdiri.begitu mereka tidak mempedulikan hujan itu dan menganggapnya sebagai hujan rahmat...pada masa yang sama seorang hamba ALLAH telah melaungkan takbir sekuat-kuatnya  sebanyak 3 kali dan di sambut oleh semua umat islam yang hadir..suara laungan takbir bergema dengan kuat sekali..melihat akan keadaan itu,kita dapat melihat di mana semangat jihad yang ada pada umat islam sebenarnya belum pudar lagi tetapi ia perlu diasah supaya lebih mantap.


berbalik pada cerita,wakil aman palestin ada menjual nasi lemak dan air mineral.wang itu akan digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat PALESTIN ..siti tidak ketinggalan ingin membeli makanan tersebut...dia menuju ke khemah yang menguruskan makanan itu..setibanya di sana,kelihatan khemah itu dipenuhi oleh kaum adam.timbul persaan resah dalam dirinya kerana bagaimana caranya dia ingin membeli makanan itu jikalau khemah itu dipenuhi dengan kaum adam..siti berdoa moga-moga segala urusannya dipermudahkan oleh ALLAH..tiba-tiba,melihat akan kejadian itu,semua kaum adam yang ada di dalam khemah itu seolah-olah memahami hajat siti lantas mereka segera meninggalkan sedikit ruang bagi mempermudahkan siti untuk melaluinya.siti berasa gembira melihat tindakan itu lalu jalan menuju ke kaunter  menjual makanan itu sambil bertasbih kepada ALLAH yang maha besar..


sebuah pengalaman yang tidah dapat dan tidak akan dilupakan oleh dirinya..wallahualam




daripada cerita ini,mungkin terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil.. perasaan jihad itu bukan sahaja perlu hadir apabila berdepan dengan isu PALESTIN sahaja tetapi juga perlu hadir dalam bermacam bentuk atau situasi..berjihad bukan bermaksud perlu berperang di medan perang sahaja...yang dinamakan jihad juga ialah saat kita berperang dengan hawa nafsu kita sendiri..itu juga dikenali sebagai jihad..jangan disempitkan fikiran itu dengan beranggapan bahawa jihad hanya di medan perang..malah belajar juga dikira sebangai jihad..terlau besar jika hendak diterokai soal jihad ini..melaksanakan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR juga salah satu jihad menuju keredhaan ALLAH..kenapa kita masih tidak ada perasaan ingin berjihad??saja membiarkan nafsu menjadi tuan kepada diri kita.akhirnya.kita memdapat kemurkaan daripada ALLAH atas keseronokan yang dikecapi oleh nafsu...BERJIHADLAH membantu agama  ALLAH..wallahualam...wasalam


p/s : menyayangi seseorang yang berjuang kerana agama ALLAH akan memdekatkan dirinya kepada KHALIDNYA...wallahualam..

Wednesday, November 17, 2010

GoOd LuCk SpM 2011....

 salam kepada semua teman-teman,


semoga persahabatan kita akan berkekalan hingga syurga..insya ALLAH..
ukhwah sangat penting di mana RASULALLAH telah bersabda,mafhumnya..

.. tidak beriman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya sendiri seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri..

di dalam hadis lain juga RASULALLAH  telah bersabda,mafhumnya....

..umat islam diibaratkan sebagai bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain..

islam amat menitik beratkan soal ukhwah..nabi MUHAMMAD s.a.w sangat rapat dan sayang akan sahabat-sahabatnya malah musuhnya juga dikasihinya..sungguh hebat sifat yang ada pada nabi kita...

teman-teman,
ayuh kita ragut halawatul ukhwah itu iaitu kemanisan ukhwah di mana kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh bagi memcapai keREDHAANNYA..di samping mendapat keBAHAGIAAN di dunia mahupun di akhirat kelak..INSAYAALLAH..

tahun depan merupakan tahun yang amat memeritkan kita..tetapi jika kita jalinkan persahabatan ini hanya kerana ALLAH taala,insyaALLAH...ALLAH akan mudahkan segala urusan kita..kita seharusnya saling bantu-membantu bagi meningkatkan lagi prestasi kita sekali gus meninggikan nama baik sekolah menengah sains pokok sena ,kedah ..kita akan memduduki sebuah peperiksaan iaitu SIJIL PALING MENAKUTKAN,,=0 acahh jew..spm !!!

dalam masa itu juga,kita hanya diberi  masa setahun sahaja lagi bagi menikmati atau merasai kenikmatan persahabatan ini..jika kita mempersia-siakan peluang ini,suatu hari nanti kita pasti akn merindui saat kita bersama dalam menimba ilmu ALLAH.saat suka dan duka tetap bersama dalam mengharungi segala dugaan dan rintangan..oleh itu,hargailah masa kita bersama ini sebaiknya.yang lemah kita bantu,itulah konsep sebuah persahabatan yang diredhai oleh ALLAH..tinggalkanlah kemungkaran yang tidak pernah lekang dengan kita kerana ia amat gembira saat kita jatuh ke lembah kehinaan di sisi ALLAH...ayuh tinggalkan lah ia bagi kebahagiaan diri kita juga serta memudahkan kita mengharungi segala dugaan dalam peperiksaan yang besar ini..setahun sahaja lagi masa yang tinggal bagi membuktikan kepada semua orang apa yang kita peroleh sepanjang tempoh pengajian kita...baik lelaki mahupun perempuan...ALLAH always beside you..

CUTI INI jangan banyak main sangat.jangan nakal2..=p  belajar..BELAJAR..belajar...SPM 9A+ ammiiinnnn...




BANGKITKAN KEGEMILANAGN SAINA
insyaALLAH..
may ALLAH  bless us.... 


good luck spm 2011
sama-sama kita saling membantu...
sayang kamu semua kerana ALLAH

kelas BAHASA ARAB the best
gonna miss you all forever
ALLAH always love us..insyaALLAH
thank you USTAZAH ESAH =) uhibbuki fillah
IBTISAM DAAIMAN...=)
(senyum selalu)
wasalam

Tuesday, November 16, 2010

iLmU SaNGaT PenTinG

ASSALAMUALAIKUM..

first of all,ana ingin mengucapkan 


@SELAMAT HARI RAYA AIDIL                                       ADHA......@


DIKESEMPATAN INI,ana ingin memohon kemaafan andai tingkah laku ana menyakitkan hati serta memualkan kepada sesiapa yang kurang senang akan sikap ana..seribu kemaafan dipinta...ana insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.jika ada silap di mana-mana,tegurlah ana agar kekurangan itu dapat diperbaiki..


ILMU merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi bagi kita sama ada golongan tua mahupun muda..apabila sudah tua,ia tidak bermaksud ilmu tidak perlu dipelajari atau dituntut..ilmu tidak seharusnya dihubungkaitkan dengan para pelajar sahaja malah golongan yang lanjut usia juga masih perlu menimba ilmu..perpatah arab mengatakan ilmu kunci kejayaan.........

sabda nabi muhammad s.a.w
        #  .tuntutlah ilmu dari buaian ingga ke liang lahad..

jelas di sini,di mana ISLAM amat menitik beratkan soal ilmu...wahyu pertama yang ALLAH berikan kepada RASULALLAH melalui malaikat jibril juga berkenaan ilmu...

ilmu sangat penting dalam hidup.umat islam amat dituntut mempelajari ilmu dunia dan akhirat bagi merebut keREDHAAN ilahi.dengan ilmu juga martabat seSeorang itu akan tinggi sama ada di sisi ALLAH mahupun di mata masyarakat.sangat untung apabila seseorang itu dikurniakan oleh ALLAH akal yang hebat di mana dapat menerima ilmu dengan mudah dan pantas tetapi ia akan bertambah hebat jika ilmu berkenaan agama juga dapat dia kuasai..masyarakat akan menyanjungi insan sebegitu..

di saat,seseorang itu menjadi pujaan ramai,maka ALLAH telah berikan satu dugaan ke atas dirinya di mana ALLAH hendak melihat sejauh mana atau sekuat mana imannya bagi tetap teguh dan yakin bahawa ilmu ini adalah kurniaan ALLAH s.a.w bukan datang daripada usahanya sendiri.ALLAH
 hendak menguji adakah dia akna menjadi manusia yang sombong..amat rugilah manusia seperti ini??

satu kata-kata yang bagi ana sangat indah dan penuh kengertiaannya..saidina ALI berkata:

semakin banyak kita belajar,semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui..

kata-kata inilah yang perlu kita pegang agar terhindar daripada perasaan riak dan sombong..

JANGAN BONGKAK TAU !!
ALLAH MARAH....

apabila kita mempunyai ilmu yang lumayan.seharusnya,kita taburkan kepada orang lain,kita jangan kuatir takut-takut ilmu itu akan berkurangan kerana ALLAH itu hebat kuasanya..ALLAH akan melipat gandakan ilmu yang kita kongsi kepada orang lain..INGAT..ALLAH SAYANG ORANG MACAM INI..

jadi,
JOM KONGSI-KONGSI ILMU

p/s : ilmu ana cikit =(
bantulah ana...semoga kita dirahmati oleh ALLAH TAALA..




Friday, November 12, 2010

bEGiTu TiNgGi PeRgAnTungAnMu..

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH..

salam kepada semua yang sudi membaca blog ini..

ana ada sebuah cerita yang pada ana sangat menyayatkan hati ana....pada tahun ini abi dan ummi pergi ke kursus haji..dengan harapan bahawa mereka berpeluang mengunjungi rumah ALLAH lantas menjadi TETAMU ISTIMEWANYA..tetapi kita hanya mapu merancang dan ALLAH yang menetapkannya..ana turut tumpang gembira atas kesungguhan yang mereka pancarkan itu..setelah selesai menyertai kursus itu...abi banyak melakukan solat sunat taubat dan hajat supaya ALLAH membantunya untuk berpeluang menunaikan haji pada tahun ini,2010..ana turut berdoa tidak putus-putus supaya mereka dapat menjejakkan kaki ke tanah suci itu..insyaALLAH..

bulan ramadhan telah tiba,semakin berdebar hati mereka menantikan keputusan kelayakkan untuk ke sana...sehingga tibanya bulan syawal,keputusan masih belum di terima..abi tunggu dengan penuh kesabaran tanpa sedikit pun rasa putus asa malah keyakinannya semakin tinggi..akhirnya,bulan syawal pergi meninggalkan semua umat islam..dalam menunggu keputusan itu,abi membuat segala persiapan dari segi mental mahupun fizikal dengan harapan menjadi insan terpilih walaupun di saat akhir...ilmu abi juga semakin bertambah.ia dapat dilihat saat abi memberi tazkirah dan nasihat kepada keluarganya...

abi tidak putus-putus  berdoa dan terus berdoa tanpa kenal erti putus asa dan penat..sungguh hebat jiwa abi..tempoh yang di sepatutnya mengumumkan keputusan itu semakin tiba ke penghujungnya..tetapi abi tetap tabah dan masih gigih dan yakin  mengatakan bahawa dia akan PERGI KE SANA..

sikap abi membuatkan ana dan ummi rasa sangat sebak dan sedih...mungkin ini bukan rezeki abi..xapa..

ana katakan kepada abi..

`papa kalau xdapat pergi tahun ini,pergilah tahun depan.angah xkisah walaupun angah spm waktu itu.malah lagi bagus kerana papa boleh doakan angah supaya dapat jawab spm dengan baik lantas dapat keputusan yang cemerlang'

ana harap kata-kata itu dapat melegakan sedikit hati abi yang ana tahu kesedihannya..tetapi abi tidak pernah tunjukkan rasa kecewanya itu malah dia sentiasa redha dan gembira semua ketentuan ilahi kepada nya....dia tahu yang ALLAH sentiasa menduga hambanya yang ingin dekat kepada NYA...semoga ABI dapat ke sana suatu hari nanti..INSYAALLAH..

WASALAM

wArKaH uNtuK kAuM HaWa

salam


Dengarkanlah. Dengarkanlah suara hatiku ini.

Bukanlah niat hati untuk mencari perang atau meminta simpati. Cuma hati ini terlalu bimbang melihat keadaanmu dewasa ini. Saban hari bertambah parah.

Hati manakah yang tidak sayu melihatmu begitu andai empunya diri ini jua memiliki kakak dan adik yang sejiwa denganmu. Jiwa yang begitu halus. Tempat yang bersarang naluri keibuan.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim : 6)

Pakaian adalah lambang keperibadian akhlak. Setuju? Lantas apakah yang mendorong engkau masih memakai pakaian ahli maksiat? Kelak kerana pakaian itu engkau akan dihumban ke neraka!

Aku tahu, jauh di sudut hatimu, ingin benar kau menjadi muslimah yang solehah. Ia tersemat kukuh. Kerana itulah fitrah. Fitrah yang suci. Fitrah yang indah.

"Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ar-Rum:30)

Sungguh indah fitrah itu. Madu iman meyelaputinya.

Kembalilah kepada fitrah Islam, pasti engkau dapat merasai manisnya madu iman itu. Ya, amat manis. Tapi ia hanyalah dikhaskan kepada yang benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Aku tahu, untuk kembali kepada fitrah itu terlalu banyak besi halangan dan paku keperitan. Benarlah sabda Nabi Muhammad saw :

"Neraka itu dikelilingi oleh kesenangan, dan syurga itu dikelilingi oleh kesukaran." (HR Bukhari dan Muslim)

Namun tiada alasan untuk kita tidak kembali membersihkan segala noda dan titik hitam dalam hati andai kita benar-benar inginkan. Hendak seribu daya.

Terkadang aku pelik. Tudungmu sudah elok, menutup segala rambutmu. Namun jelek dan pelik bila engkau pakaikan baju yang berlengan pendek. Lagi malang baju adikmu yang kau sarungkan pada badanmu. Bila ditanya, inilah fesyen terkini jawabnya. Namun aku cabar jawapan ini lah yang akan engkau berikan di hadapan Allah nanti. Adakah masih diberi kekuatan untuk menuturkannya sedemikian rupa?

Thursday, November 11, 2010

bAnTuLAh HaMBmu iNi


DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH..


ya ALLAH ..
aku hambamu yang hina lagi rendah darjatnya di sisimu..
ampunkan lah dosa-dosa ku
hilangkanlah titik hitam yang telah lama bertahta di hatiku
yang menyebabkannya hatiku hitam dan keras..

permudahkan lah aku menerima kebenaran tentang agamamu...
bersihkanlah hatiku..
masukkanlah aku ke dalam syurgamu..

ya ALLAH
tunjukkanlah aku jalan yang benar..
hanya kau tahu apa yang terbaik bagi diriku..
aku buntu..
aku tidak tahu hendak buat apa..
tunjukkanlah aku jalanmu..
hanya padamu aku berserah..
aminnn

Thursday, November 04, 2010

bEnArKaH aMAnAh ItU BerAt??


salam kepada semua..
rasanya sudah lama blog ini TERBENGKALAI...maaf =p
kesibukan yang melanda tidak dapat dielakkan...

BENARKAH AMANAH ITU BERAT??
SEBERAT MANA AMANAH ITU??

persoalan yang kerap kali diutarakan oleh segolongan manusia yang masih belum jelas akan hal ini...jika hendak dikupas akan isu ini rasanya tidak akan habis..tambahan pula,ana bukanlah seorang yang banyak ilmu di dada..moleknya,kalian tanyalah kepada mereka yang lebih arif tentang itu...

sememangnya kita semua tahu bahawa amanah yang dipegang oleh seseorang itu berat.
kerana jika dia tidak dapat memegang amanah itu dengan baik,maka ia akan memberi kesan kepada yang lain..

sebagai contoh :

* seorang ayah yang tidah pernah melaksanakan amanahya untuk menjaga anak-anaknya serta mendidik supaya menjadi manusia yang baik..maka kesannya anak-anaknya itu akan rosak akhlaknya...itu semua disebabkan ayahnya tersilap langkah..

* seorang ketua yang sepatutnya mengetuai sesuatu organisasi tetapi dia hanya berfoya-foya serta tidak langsung memainkan peranan sebagai seorang ketua malah mengabaikan tanggungjawab yang telah diberi kepadanya...kesannya organisasi itu akan hancur di bawah pentadbirannya

* seorang guru yang mengabaikan amanah yang diberi supaya mengajar serta mendidik murid di sekolah ..maka tidak terbentuklah peribadi yang murni dalan diri para pelajar itu...

terdapat banyak lagi contoh2 lain...
sememangnya amanah ini memain peranan yang besar..
jika semua orang sedar betapa pentingnya amanah ini..nescaya mereka akan melaksanakannya sebaik mungkin..
dan hasilnya seluruh manusia yang ada di atas muka bumi ini akan menjadi manusia yang hebat dari segi rohani dan jasmani..
tiada lagi jenayah yang acap kali terjadi di atas muka bumi ini....

di dalam islam juga ALLAH sangt menekannya soal amanah ini...
perkara inilah antara yang utama akn disoal di akhirat kelak..

WAHAI SI FULAN!!!

KENAPA KAMU TIDAK LAKSANAKAN AMANAH YANGA AKU BERI KEPADAMU DENGAN BAIK??

bagaimana soalan itu hendak dijawab jika benai seseorang itu tidak melaksanakan amanahnya dengan baik...?

PERKARA ITU TIDAK BOLEH DIBUAT MAINAN...

jadi peganglah amanh itu dengan sebaiknya...walaupun itu bengitu berat..
ALLAH akan membantu mereka yang turut perintahnya.
wasalam