Friday, September 17, 2010

mERiNDui MerEKa

salam..
  
<><><> 
nebzut =o
4EVER.... hehe
<><><>
cerio selalu


 
ketua aspurie n bendahari
tabah DEK

4 abu bakar
HAPPY GO LUCKY



farah M
SMART GIRLZ


MEMBERZZ
see u


my sis THE BEST =)
..::spm::..
ALL THE BEST



kadang-kadang kita terlalu sibuk untuk mencapai sesuatu yang amat membagiakan  kita sehingga terlupa akan BERLIAN di depan mata...hargailah apa yang ada dengan kita..
kita mestilah menghargai teman kita yang ada saat kita senang dan susah.saat kita dibelenggu masalah dia datang bagi menenangkan kita.itu gunakan kawan..saat kita hilang arah,dia datang menujukkan jalan yang  benar tanpa sedikit pun rasa muak akan perangai kita yang sentiasa menjengkelkannya..disebabkan ketulusan hatinya ingin berkawan dengan kita,dia tetap teguh mempertahankan perSAHABATAN yang dijalinkan.itu teman sejati..saang kita kerana ALLAH.walaupun kita terpaksa berpindah rumah mahupun sekolah tetapi tidak bermakna kita perlu atau wajib melupakan kawan-kawan kita..kejam namanya tu..biar jauh dimata tetapi dekat di hati.kalau kita sering bergaduh dengan kawan-kawan kita ia akan manjadi suatu kenangan yang tidak bisa kita lupakan buat selamanya.apabila kita meningkat dewasa kita akan terkenang semula kenangan kita bersama kawan-kawan kita pada zaman sekolah yang merupakan zaman paling gemilang dan dengan sendirinya kita akan tersengih mengingatkan telatah saat masih muda..itulah satu-satunya kenangan yang akan bersemadi di dalam jiwa kita..berkawan lah hingga ke SYURGA..itu lebih manis bukan??

ana amat merindui mereka..mereka kawan yang baik dan ceria..mereka the best among the best..hehe..ana tidak akn melupakan mereka sampai bila-bila..setiap teman mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.jadi tak semua kawan kita sama.oleh itu,kita perlu menghargai mereka..insyaALLAH ada rezeki kita jumpa lagi..tak di dunia..mungkin di syurga..INSYAALLAH..gonna miss you all...wasalam

p/s:neb..see u later..tata


Wednesday, September 15, 2010

pRaMUgAri kOmA Di tANaH suCi

Oleh : Zailina Mahmud

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segala nya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke
hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Tuesday, September 14, 2010

4 yOu aLL


SALAM..
rasanya ni dah raya yang keberapa ya??
yang ke-5!!
cepat rasanya masa berlalu..
tapi xbest la kalau ana xda apa2 ucapan untuk semua..
erm...oke3
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAP ZAHIR DAN BATIN...
HEHE..
ana nak minta maaf sangat2 kalau-kalau
ana ada buat hati sesiapa terluka
ana juga insan yang tidak ada kesempurnaan..yang selalu buat banyak hati terasa dan bersedih..
maafkanlah ana
tegurlah ana jika ada salah silap ana yang tidak menyenangkan...
ana nak minta maaf sekali lagi
ana bukan lah kawan yang baik..
yang bisa membuat semua orang gembira...

Wednesday, September 08, 2010

TaWaRaN HeBaT...




salam..
hari raya semakin dekat.Sudah siapkah segala persediaan yang dilakukan bagi menyambut hari yang penuh gemilang ini.ia merupakan hari kejayaan bagi umat islam kerana berjaya menewaskan nafsu sepanjang bulan ramadhan..
APAkah tawaran yang ditawarkan oleh ALLAH pada bulan yang mulia ini?kendatipun ramadhan bakal berakhir dan akan menjelmanya syawal itu tidak bermakna kita perlu kurangkan amal ibadah kita.malah saat inilah kita perlu melipat gandakan ibadah itu kerana belum pasti kita akan bertemu dengan ramadhan pada tahun hadapan..jangan gara2 ingin meyambut syawal kita tega meninggalkan surau atau masjid bagi bershopping di mall.

KEJAYAAN KITA DI BULAN RAMADHAN bukan dilihat pada waktu sekarang ini,akan tetapi resultnya kita akan lihat sebulan akan datang..hendak lihat berjaya kah kita mentarbiahkan diri kita dalam bulan yang penuh kemuliaan ini..mari kita lihat sebulan akan datang,berkekalan atau tidak amalan yang dilakukan pada bulan ramadhan.misalnya,kita beramai-ramai pergi ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat terawih tetapi kita akan terus pergi kah ke surau untuk menunaikan solat fardhu pada bulan2 biasa.jika YA,maka berjayalah kita pada bulan ramadhan kali ini.jika TIDAK,rupa2nya kita hanya bersandiwara(btul ke eja ni) di depan ALLAH.

bulan ramadhan dikenali sebagai bulan tarbiah manakala bulan syawal merupakan bulan kemaafan...SETELAH sebulan kita dididik agar menjadi baik maka pada bulan syawal kita perlu saling bermaafan sesama manusia..lebih afdolnya ketika malam raya itu bukannya selepas solat sunat hari raya kita meminta ampun kepada ibubapa kita khususnya..ingat tu!!!


tawaran yang ALLAH tawarkan pada bulan penuh keberkatan ini ialah jika kita BERSEDEKAH dengan seikhlas mungkin kita akan peroleh pahala yang berlipat kali ganda daripada bulan2 biasa...tawaran hebat ini datang sekali setahun..bukan macam yawaran di giant ,tesco ,mydin dll.itu semua tawaran di dunia yang bagi kita sudah jadi satu kebiasaan.TETAPI tawaran ALLAH ini lain daripada yang lain..ada berani CUBALAH...tawaran ini hanya dibuka 2 hari SAHAJA lagi..LAMBAT TAK DAPAT.jika lambat alamatnya tunggulah ramadhan tahun depan.itupun kalau umar masih panjang..bukan nak kata bulan lain tidak boleh bersedekah ,BOLEH SANGAT2 tetapi ALLAH bagi keistimewaan kepada hamba2nya pada bulan umat islam ini..OK or KO??tepuk dada tanyalah iman!!wasalam

Tuesday, September 07, 2010

HaTi iBaRaT DiSenTaL SeKUaTnyA...


ASSAMUALAIKUM..
kaifa halukum??ceh2 cakap arab pula..padahal xpandai pun arab..but i love to learn arab...sebab itu bahasa al-quran dan merupakan kalamullah.
berbicara soal hati,nampak remeh tetapi ia merupakan satu organ yang payah untuk dijaga.jika ia baik,maka baiklah seluruhnya.tetapi jika ia jahat,maka jahatlah seluruh nya.ia dikenali hati.kata2 yang tidak asing lagi dengan kita.ia membawa maksud bahawa jika kita memiliki sekeping hati yang tulus dan baik,maka suluruh sifat kita atau kelakuan kita memang baik.segitu juga sebaliknya.jadi hati merupakan elemen yang penting yang perlu kita ambil serius kerana hatilah yang control segalanya.bagi membentuk hati yang murni dan bersih ia memerlukan penjagaan yang rapi serta kemas.apabila ia mengerang kesakitan,kita perlu lekas mengubatinya secepat mungkin sebelum ia merebak..

ada satu kisah ini yang pada ana boleh dijadikan teladan,seorang hamba ALLAH ni yang memiliki penyakit hati setelah ia pulang ke rumahnya.ketika dia berada di asrama,segala amal ibadahnya dapat dilaksanakan dengan baik akan tetapi setelah ia pulang, kenikmatan itu berkurang.mungkin kerana kelalaian yang ada di rumah itu dan imannya yang masih lemah...dia mula berasa bahawa hatinya bermasalah dan hubungan nya dengan ALLAH ada sedikit kekurangan tetapi dia masih belum menjumpai sebabnya..

pada mulanya,diri nya sangat berat untuk menuju ke surau berhampiran rumah disebabkan hasil sogokan hati yang mulai kotor.tetapi berbekalkan sedikit sahaja lagi iman di hatinya,ia terus gagahkan langkahnya untuk menuju tempat yang mulia itu dengan niat kerana ALLAH..

ALLAHUAKBAR!!imam mengangkat takbir sebagai tanda telah bermulanya solat fardhu isyak...dia juga mengikuti imam dengan setianya..setiap alunan ayat yang dibaca oleh imam amatlah merdu.suaranya yang teramat lunak dan rasa lain daripada yang lain..hatinya terasa dicengkam sekuatnya..hati nya secara tiba-tiba berasa tenang dengan keindahan ayat-ayat suci al-quran..hati nya terasa bagai dibasuh,setelah itu ditambah dengan clorox dan diperah sekuatnya bagi menghilangkan kekotoran yang amat payah dihilangkan..setelah itu hati nya yang mengalami penyakit yang amat merbahaya kian pulih.telah terbukti,ayat2 al-quran bisa melembutkan hati semua orang termasuklah umar al-khattab iaitu orang yang paling kuat menentang umat islam pada zaman rasul ALLAH...

ketahuilah hati kita perlukan makanan rohani yang bisa membuatkannya sentiasa berada dalam kondisi yang sihat dan sejahtera..wasalam

Friday, September 03, 2010

CinTa CinTuN

salam lebaran,

pejam celik,pejam celik... ramadhan dah nak tinggalkan kita..erm...tak apa lah.semoga ramadhan kali ini dapat membuat banyak perubahan dalam hidup kita.insyaALLAH..

bila berbicara soal cinta atau kasih sayang,semua mula tertarik atau berminat..lagi-kagi golongan remaja..kenapa ya?pada satu tahap itu,setiap orang pasti akan timbul rasa ingin dikasihi dan mengasihi..itu semua normal.sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia yang punya perasaan.kita tidak boleh menolak perasaan itu draipada hadir akan tetapi kita perlu mengawal perasaan itu agar ia tidak dapat mengheret kita ke ambang kemaksiatan.kasih sayang yang tulus lagi indah adalah apabila kasih sayang itu terjalin hanya kerana ALLAH bukan kerana lain.di alam persekolahan lah perasaan ini menyerang secara kemuncak.jika kita pandai mengawalnya,ia tidak menjadi masalah bagi kita,tetapi jika kita gagal mengawalnya,ia merupakan salah satu masalah buat kita..

selalunya kita berbicara soal ciri2 lelaki idaman atau wanita idaman kepada teman-teman yang lain.itu dah jadi kebiasaan semua.

wanita 1:ko nak tau x,ciri2 lelaki idaman aku?

wanita 2:nak tau gak.ape?

wanita1:alim...kacak..banyak duit..baik gitu

wanita2:wow hebat gitu..ak lak nak yang alim..sopan..pendiam..semuanya baek la jawabnya.hehe


dialog yang sering dilontarkan tulus dari hati insan yang bergelar remaja..akan tetapi sedar kah kita akn realiti sebenarnya..ALLAH TAALA telah berfirman bahawa LELAKI YANG BAIK HANYA UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK..begitu juga PEREMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK..

formula dia senang sahaja,jika kita inginkan lelaki yang alim,baik,sopan dan lain-lain...kita terlebih dahulu perlu jadi seperti itu begitu juga bagi yang lelaki..kerana ALLAH sudah janji akan perkara itu...TETAPI ada juga sesetengah yang tidak dapat sedemikian..ketahuilah itu adalah dugaan daripada ALLAH..
INGAT TU!!


Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta. Agak pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai juga tidak ada keinginan untuk berkenal-kenalan (kononnya) dan berhubungan sama ada secara SMS ataupun surat (baru romantik kononnya) dengan sahabat lain yang berlainan jantina.

























Adakah Islam membunuh terus naluri cinta ?
Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang untuk merasakan perasaan cinta?
Adakah Islam ini terlalu kejam apabila mengekang seseorang itu daripada terjebak dengan percintaan ?



Bukan begitu saudaraku...
Islam adalah agama yang syumul!
Segalanya sudah ditetapkan oleh syari'at supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia. Cinta yang diimpikan semasa remaja cuma fatamorgana yang tidak kekal. Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka.Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri. Pada fikiran sebilangan remaja, 'cuma setakat menelefon dan menghantar mesej dan surat bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga'Firman Allah S.W.T:



٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬)


Maksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah. Apatahkan lagi berzina!.
Mengapa Allah kata,'JANGAN' kamu 'MENDEKATI ZINA'? Mengapa tidak dikatakan, 'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA' atau 'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA'?
Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu saja sudah haram hukumnya, apatah lagi jika berzina. Asyik daripada menelefon kekasih pujaan itulah akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa dan kemudian ke arah kegiatan-kegiatan yang seterusnya.jaga lah pergaulan kita dengan oramg yang bukan muhram kita..agar kita tidak kesal dikemudia hari..wasalam



wanita yang solehah adalah perhiasan yang terindah di atas muka bumi ini...

seorang wanita solehah = 70 orang lelaki yang soleh

Thursday, September 02, 2010

tAuFuFa oH tAuFuFa...

salam sejahtera semua..
hari ini puasa x??
erm...
ramadhan dah nak habis...
sedih sangat??
apa yang telah kita lakukan sepanjang ramadhan ini??
apakah manfaat ataupun faedah yang telah kita peroleh sepanjang bulan ini??
sebelum ramadhan pergi meninggalkan kita...
ayuh kita sama-sama tambahkan amalan kita bagi memburu malam yang dinantikan oleh orang-orang yang beriman iaitu malam al-qodar.malam di mana malaikat dan ruh(jibril) dengan izin TUHANNYA turun untuk mengatur semua urusan.al-quran juga turun pada malam itu.dikatakan malam itu sangat cerah dan suasana amat tenang.jika seseorang itu dapat membuat ibadah pada malam yang mulia itu,dia sangat beruntung.malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.betapa beruntung bagi mereka yang berjaya bangun pada malam itu.



semua mesti pelik apa kaitan taufufa dengan malam a-qodar.hehehe
memang tiada kaitan pun.itu hanya muqaddimah yang cantik..saja je nak kongsi cerita sedikit yang bagi ana lawak+mengarut= mengada-ngada..
xtahu kenapa ramadhan kali jadi sangat suka atau jatuh cinta habislah dekat TAUFUFA.tak tau apa alasannya.ramadhan sebelum ni tak ada pun macam ni.rasa biasa je..tetapi angin tahun ni lain sedikit...tahap suka gilerr la kat taufufa..tiba kat shah alam terus menuju ke bazar yang terdekat terus panah taufufa...nikmatnya dapat taufufa..baru dapat belum makan..pelik bin ajaib...time berbuka tu,lepas makan kurma terus makan taufufa tanpa toleh kiri kanan..lawak3..sahur makan lagi..beli lebih la katakan..mana taknya..seminggu dok tahan nak makan kat asrama...bazar 2 memang ada tapi taufufa x da..minggu first tu ada la tapi x tau nape minggu ke-2 xda..sedey sangat =(...siapa yang membuat hati ini merana..gerai air la ni(hehe.. jangan marah)cakap pasal taufufa..kat shah alam ada satu tempat ni, ada taufufa yang baek punya..kat one utama mail...so,pergi la kat sana..
tu je yang diceritakan.hehehe...taufufa punya pasal la ni..wasalam


p/s ; apabila kita bersatu kita teguh..apabila kita bercerai kita roboh